Sunday, 6 November 2022

KESIMPULAN

 Sebagai penutup, kami nukilkan kenyataan Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menyebut: Tidak semestinya setiap Muslim untuk mengetahui secara terperinci kesemua barangan yang dianggap rosak dan bahaya, yang dengan sebabnya diharamkan oleh Allah SWT sesuatu barangan itu. Adakalanya, hal itu terlindung dari kefahamannya, yang mana keadaan yang sama kelihatan pada keadaan yang lain. Adakalanya, keburukan sesuatu barangan itu tidak jelas pada sesuatu zaman yang tertentu, manakala ianya jelas pula pada zaman yang berikutnya. Oleh itu, sewajarnya sikap seorang mukmin itu selalu mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.”

Tidakkah kamu lihat bahawa Allah SWT mengharamkan memakan daging khinzir? Namun tidak seorang Muslim pun yang mengetahui apakah sebab pengharaman daging khinzir itu selain daripada ianya adalah kotor. Setelah zaman berlalu, dan sekarang barulah ilmu moden masa kini menyingkap hakikat kebenarannya bahawa daging khinzir penuh dengan cacing dan kuman-kuman halus yang boleh membinasakan orang yang memakannya. (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 33)

Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman berkenaan agama kita dengan mentaati segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Amin.





KAJIAN SAINS

 

  1. Babi adalah binatang yang isi perutnya “mutlak” berisi sampah, mereka akan makan apa saja dari kotoran mereka sendiri, pertumbuhan kanker pada babi lainnya, berbagai macam serangga, daging hewan yang membusuk bahkan minum air seni sendiri.
  2. Daging babi menyerap racun lebih banyak melebihi hewan lain. Racun ini merusak daging dan membuat daging tersebut berbahaya.
  3. Babi adalah satu-satunya mamalia yang tidak berkeringat. Itu berarti,  keringat dan racun bergabung menjadi satu dalam daging babi.
  4. Babi dan “swine” adalah binatang yang sangat beracun. Bahkan, Anda sulit untuk membunuh mereka dengan “strychnine” maupun dengan racun lainnya.
  5. Petani yang memelihara babi sering memasukkan babi mereka ke sarang ular derik. Bahkan, gigitan seekor ular tidak dapat meracuni seekor babi.
  6. Ketika babi mati, belatung, bakteri dan serangga memakan daging babi lebih cepat dibandingkan dengan kebanyakan binatang lainnya.
  7. Tidak ada suhu ruangan yang aman dimana daging babi dapat dimasak untuk memastikan bahwa semua parasit, kista, dan telur akan terbunuh.
  8. Daging babi menyimpan lemak dua kali lipat dibandingkan daging sapi. Itu jelas-jelas menunjukkan bahwa daging babi tidak baik untuk tubuh manusia.
  9. Seekor sapi dengan 4 bagian perut dapat mencerna makanan dengan waktu yang baik. Sementara, babi menghabiskan 4 jam untuk mencerna makanan busuk tersebut, yang diubah menjadi daging.
  10. Babi membawa sekitar 30 penyakit yang dapat dengan mudah ditularkan ke manusia. Inilah mengapa ALLAH memerintahkan kita dengan larangan memakan babi, bahkan jangan pernah menyentuh bangkai mereka.
  11. Babi dapat menyebabkan penyakit tipes, encok/radang sendi, reumatik, radang perut, meningitis/radang selaput, serta masalah kantung empedu yang berkepanjangan.
  12. Babi adalah binatang beracun dan kotor. Mereka memiliki saluran pembuangan yang melewati setiap kaki dengan jalan keluarnya berupa lubang di bagian bawah kaki. Dari lubang tersebut keluarlah nanah yang merembes, dan kotoran badannya pun tidak dapat lulus melewati sistem tersebut dengan cepat sehingga masuklah ke dalam daging.

Dengan demikian, apakah Anda sekarang percaya bahwa Islam adalah agama yang paling lengkap, yang tahu tentang semua alasan ini sebelum ilmu pengetahuan bahkan mendapatkan sejauh/selengkap ini?




KEBURUKAN





 DR Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan asisten Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang bisa dijangkiti dari babi. Di antaranya:

* Anthrax* Ascaris suum* Botulism* Brucella suis * Cryptosporidiosis* Entamoeba polecki* Erysipelothrix shusiopathiae* Flavobacterium group IIb-like bacteria * Influenza* Leptospirosis* Pasteurella aerogenes * Pasteurella multocida * Pigbel* Rabies * Salmonella cholerae-suis* Salmonellosis* Sarcosporidiosis* Scabies* Streptococcus dysgalactiae (group L)* Streptococcus milleri* Streptococcus suis type 2 (group R)* Swine vesicular disease* Taenia solium* Trichinella spiralis* Yersinia enterocolitica* Yersinia pseudotuberculosis.

PENDAPAT ULAMA









Ilmuwan : 
Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

 Ulama : Haramnya babi bukan karana sebab itu saja. Tetapi ada sifat Babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam

Ilmuwan : Apakah itu?

Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!!!

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!????

Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang Babi?

Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut2an memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.





Soalan

Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Kenapa binatang seperti khinzir dilarang atau haram dimakan oleh orang Islam?

 

Jawapan

Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada-Nya, selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW. Begitu juga kepada kaum keluarganya, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari Akhirat.

Pada asasnya, khinzir adalah binatang yang diharamkan dengan jelas di dalam Islam melalui al-Quran dan al-Sunnah serta ijma’ (kesepakatan) para ulama’. (Lihat al-Ijma’ oleh Ibn al-Munzir, hlm. 177)

Antara ayat al-Quran yang menegaskan akan pengharaman ini adalah firman Allah SWT:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ

MaksudnyaSesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi.

(Surah al-Baqarah: 173)

Ibnu Kathir berkata, “Begitu juga dilarang memakan daging babi baik yang mati dengan cara disembelih atau mati dalam keadaan tidak seperti biasanya. Lemak babi juga haram dimakan sebagaimana dagingnya kerana penyebutan daging dalam ayat cuma menunjukkan keumuman (aghlabiyyah) atau dalam daging juga sudah termasuk pula lemaknya, atau hukumnya diambil dengan jalan qiyas (analogi).” (Lihat Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, 2/36)

Ibn al-‘Arabi berkata: “Umat telah bersepakat haramnya daging babi dan seluruh bahagian tubuhnya. Dalam ayat disebutkan dengan perkataan ‘daging’ kerana babi adalah haiwan yang disembelih dengan maksud mengambil dagingnya. … Dan lemak babi termasuk dalam larangan daging babi.” (Lihat Ahkam al-Qur’an, 1/94)

Menjawab persoalan di atas, pengharaman khinzir adalah disebabkan ia membawa beberapa kemudaratan sama ada dari aspek kimia, mikrob dan sikap (psikologi), iaitu ia disebut boleh menghilangkan perasaan cemburu serta menjadi dayus. (Lihat Tafsir al-Manar, 2/98)

Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam ketika mengulas berkenaan pengharaman daging babi menyebut: Perkara ketiga yang diharamkan Allah SWT ialah daging babi. Ini adalah kerana tabiat yang sihat akan memandangnya kotor dan tidak akan menyukainya. Sebab babi ini, makanan yang sangat disukainya ialah dari benda-benda yang kotor, jijik dan najis.

Ilmu perubatan moden menetapkan bahawa memakan daging babi itu sangat berbahaya di seluruh pelusuk dunia, khususnya di daerah yang beriklim panas. Sebagaimana yang berkaitan dengan penyelidikan ilmiah bahawa sesiapa yang memakan daging babi itu menyebabkan lahirnya cacing kerawit yang sangat merbahaya, dan ulat-ulat yang dapat membinasakan tubuhnya.

Justeru, dalam masa terdekat ini, ilmu moden ini akan mendedahkan banyak lagi rahsia pengharaman itu, lebih banyak dari apa yang difirmankan Allah SWT, ketika dia mensifatkan Rasul-Nya dalam firman-Nya (وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ) yang bermaksud: “Bahawa dia (Nabi Muhammad) telah mengharamkan ke atas mereka semua yang kotor.” (al-A'raf: 157)

Ada sesetengah penyelidik bependapat: Jika membiasakan diri selalu memakan daging babi, nescaya akan menghilangkan perasaan cemburu terhadap perkara yang terlarang. (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 69-70)

Dr. Joseph Mercola, pakar kesihatan terkenal Amerika Syarikat menyebut: “Kajian mendapati daging babi boleh memberikan bahaya kepada kesihatan dalam pelbagai peringkat. Menurut kajian oleh Consumer Reports, 69 peratus daripada sampel-sampel daging babi yang diuji mengandungi bakteria berbahaya Yersinia enterocolitica yang boleh menyebabkan masalah-masalah kesihatan.” [1]

Dr. Muhammad Abdul Khair menyebut beberapa penyakit yang disebabkan oleh daging babi: "Daging babi mengandung benih-benih cacing pita dan cacing-cacing lain. Cacing-cacing ini akan berpindah kepada manusia yang memakan daging babi tersebut. Perlu dicatat, sehingga ini, generasi babi belum terbebas daripada cacing-cacing ini. (Lihat Ijtihadat fi al-Tafsir al-Quran al-Karim, hlm. 112)

Dr. Zakir Abdul Karim Naik dalam “20 Soalan Paling Lazim Tentang Islam” berkata: Antara sebab pengharaman daging babi ialah: Memakan daging babi akan menyebabkan tidak kurang daripada 70 pelbagai jenis penyakit yang akan dijangkiti antaranya:

  • Helminthes seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lain-lain lagi.
  • Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah umum cacing pita. Tersimpan dalam usus dan sangat panjang. Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai ke semua organ tubuh. Jika ianya memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang ingatan. Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung. Jika memasuki mata, boleh menyebabkan buta. Jika memasuki hati, akan menyebabkan kerosakan pada hati.

 Sebagai penutup, kami nukilkan kenyataan Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menyebut: Tidak semestinya setiap Muslim untuk mengetahui secara terperinci kesemua barangan yang dianggap rosak dan bahaya, yang dengan sebabnya diharamkan oleh Allah SWT sesuatu barangan itu. Adakalanya, hal itu terlindung dari kefahamannya, yang mana keadaan yang sama kelihatan pada keadaan yang lain. Adakalanya, keburukan sesuatu barangan itu tidak jelas pada sesuatu zaman yang tertentu, manakala ianya jelas pula pada zaman yang berikutnya. Oleh itu, sewajarnya sikap seorang mukmin itu selalu mengatakan: “Kami dengar dan kami taat.”

Tidakkah kamu lihat bahawa Allah SWT mengharamkan memakan daging khinzir? Namun tidak seorang Muslim pun yang mengetahui apakah sebab pengharaman daging khinzir itu selain daripada ianya adalah kotor. Setelah zaman berlalu, dan sekarang barulah ilmu moden masa kini menyingkap hakikat kebenarannya bahawa daging khinzir penuh dengan cacing dan kuman-kuman halus yang boleh membinasakan orang yang memakannya. (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 33)

Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman berkenaan agama kita dengan mentaati segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Amin.

AL-QURAN DAN HADITH





Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI

a. QS. Al Baqoroh (2) : 173
b. QS. Al Maa’idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115



1003. Soalan : Ustaz sebenarnya saya kurang jelas kenapa Allah SWT haramkan anjing dan daging babi (khinzir)?

Jawapan :


 Dalam sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari bahawasanya Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sungguhnya para malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada didalamnya gambar, patung, anjing dan orang yang junub.”




Dalam sebuah hadisnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari – hadis no: 172 (Kitab Wudhu, Bab jika anjing minum daripada bekas air ]

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Shahih al-Bukhari– hadis no: 172.

Dalam riwayat-riwayat lain diterangkan bahawa salah satu basuhan hendaklah bersama dengan tanah. Sebahagian riwayat menyebut basuhan kali pertama, sebahagian lagi kali terakhir dan sebahagian lagi kali ke-lapan. Yang rajih (kuat) adalah basuhan kali pertama kerana sifat riwayat-riwayatnya.[ Ibn Hajar al-‘Asqalani – Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari (tahqiq Bin Baz; Dar al-Fikr, Beirut), jld. 1, ms. 369-370 dan al-Albani – Irwa’ al-Ghalel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktab al-Islami, Beirut 1985), jld 1, ms 62.]

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Hadis Riwayat Muslim)

Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak.

INTRODUCTION

AHLI KUMPULAN 

FAKHRUL AIMAN BIN DARWI
FAKHRUL AIMAN BIN DARWI 
04DEE20F1078


MUHD AIDEL AQASHA BIN ANUAR
04DEE20F1002


RAJA MUHAMMAD KHAIRULHAZIQ BIN RAJA SYAMSUL
04DEE20F1052






Wednesday, 2 November 2022

KENAPA ANJING DAN BABI DIHARAMKAN?





Seluruh ulama sepakat bahwa hukum babi adalah haram, baik memakannya atau pun menggunakannya untuk hal tertentu.

Semua perangkat yang melekat pada babi disifati haram. Mulai dari bulu, kulit, daging, hingga lemaknya.

Status babi menurut Imam Malik termasuk hewan yang suci, artinya jika memegangnya tidak membatalkan wudhu. Kecuali jika telah menjadi bangkai, para ulama sepakat bahwa itu termasuk najis.

Sedangkan pendapat tiga imam lainnya, Imam Ahmad, Hanafi, dan Hambali sepakat bahwa, baik zatnya (babi) maupun penggunaannya keduanya termasuk najis.

Berdasarkan madzhab syafi’iyah babi termasuk dalam najis mughallazah. Artinya cara membersihkan najisnya sama dengan membersihkan najis air liur anjing.

Caranya dengan mencucinya sebanyak tujuh kali, dan pada salah satunya, menggunakan tanah. Sedangkan menurut mazhab yang lainnya mengatakan bahwa babi termasuk najis mukhaffafah atau najis ringan.

Hal tersebut diqiyaskan dengan hukum bangkai, dan darah. Cara membersihkannya cukup dengan mencucinya hingga ia rasa bersih.

Dari sini sebagian besar ulama sepakat, bahwa babi masuk dalam najis ringan dan penggunaannya adalah haram untuk hal apapun.


KESIMPULAN

  Sebagai penutup, kami nukilkan kenyataan Dr Yusuf al-Qaradhawi yang menyebut: Tidak semestinya setiap Muslim untuk mengetahui secara terpe...